Sunday, February 9, 2020

The Journey Of Competon Person (FTR Report CePSWaM)



Kami semua Sedang buat quiz

Pada tahun 2018 march, manager kilang suruh saya hadir kursus Environmental Professiinal in Scheduled Waste Management CePSWaM, dan ditambah saya ini diploma holder je dalam Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, kirannya saya juga layak untuk hadir kursus tersebut dan kilang sponsor hantar saya untuk attend kursus training CePSWaM. Pembayaran fees kursus training itu mahal gile....sampai RM3400 dan itu juga ada promotion siapa bayar dulu dia dapat RM3100.

Tiba-tiba staff HR panggil saya.Saya fikir kenapa ye HR panggil saya,rasa takut juga.Staff HR suruh saya tunggu sekejap.Dia print out beberapa helai,saya fikir kenapa ye dia print banyak sangat.Dia panggil saya 'ammoi sini lu',dia suruh saya duduk.Hati saya berdebar-debar tengok kertas itu semua.Dia cakap "ammoi ini agreement paper kami buat untuk awak, kilang bayar untuk awak dan awak baca agreement ni dan tandatangan bawah".Selepas saya baca agreement tersebut saya ok jelah syarat itu..tapi kalau pindah kilang lain masa itu kenalah bayar balik duit kat kilang.Saya pun ok je syarat itu sebab sekarang susah nak cari kerja.Pergi ke office manager panggil pula...manager cakap awak kena attend kursus tersebut dan awak kena lulus exam itu juga, kalau tak lulus kena repeat lagi,awak yang kena bayar sendiri,Bila dengar itu telinga saya sudah jadi panas,saya fikir boleh luluskah exam itu?Saya memang tak pernah handle buangan terjadual,tapi adalah belajar dalam kolej.

So,pada bulan april 23,2018 saya hadir kursus training dekat Syuen Hotel,baru first time saya masuk Hotel itu.Masuk je dalam bilik, trainer tu panggil nama saya.Terkejut juga lah,trainer suruh saya tandatangan surat kehadiran.Saya tanya trainer macam mana tau nama saya dia balas nampak nama kilang awak.OH,saya first day pakai baju kilang.Trainer itu sangat sweet. Kuliah tu dari pagi sampai petang dan last day adalah exam paper amali (subjektif) dan satu objectif 140question. Ada quiz juga,markah quiz akan ditambah dalam paper subjektif,kenalah buka mata bila trainer ajar😴.Dalam 4 hari itu trainer panggil nama saya beberapa kali ...bila saya rasa ngantuk nak buka mulut dia terus panggil nama saya tanya soalan...saya pun jawab jugalah..sebab mata saya je ngantuk tapi telinga saya boleh dengar.

Hari kelima adalah last day....fever day sebab exam...Dua orang staff eimas bawah bag troli besar,dalam troli bag itu ada exam paper.Tempat itu sunyi je,sebab kami semua sedang baca.Sudah masuk bilik itu macam nak buat SPM,bag semua letak luar bilik dan handphone letak dalam bag.Lagi dashatnya adalah tidak boleh tiru,sebab kawan sebelah dapat set kertas lain.Eimas pandai kan,jadikan kita competon yang jujur.Kertas kerja amali saya boleh buat tapi kertas objektif saya memang tak de confident sebab dalam soalan 140 saya gunakan "ingki pingki pongki" untuk banyak soalan,sebab objektif kenalah lulus 60 soalan baru lulus objektif paper.

Saya tunggu untuk result selama 1 bulan,akhirnya keluar juga result.Tak sangka lulus 2 paper juga dan dapat layak jadi competon person untuk temporary satu tahun.


Dalam tempoh satu tahun tu kena buat FTR report dan kena hantar kepada Eimas sebelum tarikh tersebut.Saya download FTR Format dalam NRCEP website...Bila baca format tu ingat zaman kolej masa buat thesis.Trainer cakap dulu format lain dan start daripada batch u orang tukar kepada format lain. Bila baca format baru ni saya lagi lah pening kepala.. KENA FOCUS bab 2 iaitu  Environment Mainstreaming Tools.Tak tahulah nak tanya siapa?Saya jumpa manager saya dan bincang tentang format FTR report. Kami juga menubuhkan jawatankuasa yang baru untuk handle buangan terjadual.Lastly saya boleh menyiapkan report FTR tersebut dengan sokongan manager dan ahli jawatankuasa saya.

FTR Report saya

Selepas saya hantar report FTR ke EIMAS,saya tunggu untuk keputusan FTR selama 3 bulan. Akhirnya, saya dapat email daripada eimas untuk attend interview pada bulan sept 10,2019.


Saya bawa husband saya ke UKM,sebab Eimas berlokasi dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramai orang juga hadir interview hari itu,tapi biliknya yang lain. Dalam kumpulan interview saya terdapat 10 orang sahaja,saya adalah orang ketiga.Masa yang diberi untuk presentation adalah 45 minit sahaja..Bukanya senang nak buat presentation..panel tanya banyak soalan tapi kena pandailah jawab soalan tu. Selepas interview habis saya dan husband saya terus balik hometown kita.Saya tunggu untuk iterview result selama 5 bulan dah.



No comments:

Post a Comment